About Me

My photo
Kalau nk bace tu,, bace sampai abis..

Saturday, August 21, 2010

Sahabat

Pada suatu hari, ...... bertanya kepada ....... satu soalan. "Kenapa susah sangat aku nak jumpe sahabat??" Adakah aku akan jumpa sahabat aku??" Lantas kawannya itu menjawab:

Kita memang tak boleh jumpa sahabat kita walaupun hakikatnya sahabat kita itu ada dihadapan mata kita. Kita akan jumpa sahabat kita namun kita tidak boleh menggunakan istilah "jumpa" tetapi kita boleh menggunakan istilah menyedari. Kerana setelah kita menyedari bahawa orang itu adalah sahabat kita, mungkin kita sudah tiada waktu untuk berbual dengannya. Kerana jasa dan niat baik manusia ini hanya akan disedari setelah dia mati. Dan pada waktu itu baru kita sedari bahawasanya orang yang berada dihadapan kita adalah "sahabat" kita. Hatta, hargailah orang yang berada dihadapan kita serta anggaplah mereka sahabat kita sebelum mereka mati.Dan jangan sesekali memarahi orang yang mengata depan-depan kesalah anda kerana orang itulah sahabat kita.

Lantas orang itu menangis lalu beredar dari situ. 

No comments:

Post a Comment